Saturday, November 26, 2011

Pengertian Maal Hijrah...

Assalamualaikum... & Salam Awal Muharam 1433H...


Alhamdulillah... Sekali lagi kita bertemu dengan Tahun Baru Islam 1433H... Sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal Muharam... Pasti semua mengingati Penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi... Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan seseorang daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik...

Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.  

 Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. 

Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. 
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. 

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. 
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. 

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Apabila tibanya Tahun Baru... Tak kiralah Tahun Baru Islam atau Masihi... Soalan kemestian yang akan ditanya kepada sesiapa sahaja... 'Apa Azam Baru tahun nie?'... Kadangkala ada yang menjawab 'Azam tahun lepas pun tak selesai lagi'...Azam sebenarnya penting kerana ianya akan memotivasikan diri kita... selain itu ia lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan... Sebagai contoh Bagi yang jarang bersedekah... Azam tahun nie nak lebihkan bersedekah semoga kehidupan dimurahkan rezeki... Memadailah Azam yang ingin kita capai ianya lebih kepada apa yang kita rasa kita boleh lakukan... dan tidak menyusahkan diri... 

Di samping itu... perkuatkanlah juga fahaman aqidah , syariat dan akhlak kita... Apabila fahaman kita lebih jelas maka iman dan taqwa kita juga akan kukuh... Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT hidup kita akan lebih tenang...

 Jadikan Motto kita 
"Hari nie lebih baik dari semalam... Hari esok lebih baik dari hari nie dan Hari-hari seterusnya lebih baik dari Hari-hari sebelumnya...."


-Wassalam-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...