Saturday, November 5, 2011

Puasa Sunat Arafah...

Assalamualaikum... & Salam Lambaian Kaabah...


Hari Kesembilan Zulhijjah merupakan Hari Arafah... Iaitu bersempena hari selama jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk solat dan berdoa... Pada hari nie dianjurkan kita sebagai umat islam yang tidak mengerjakan haji untuk berpuasa... Bagi yang mengerjakan haji ia tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari nie.. Malah ada hadis yang menegah jemaah haji untuk berpuasa pada hari tersebut... 

Sebenarnya... tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah... Sebaliknya, Ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah... Bahkan dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu... puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan Wuquf... Walaupun dilaksanakan pada hari wuquf...

Ganjaran bagi orang yang berpuasa amatlah hebat ... Dengan sehari kita berpuasa ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan... Tapi Dosa Kecil je tau... Dosa Besar korang kena buat Solat Taubatla...

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Puasa pada hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang lalu dan satu tahun akan datang". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah pernah bersabda : "4 perkara yang tidak pernah dilalaikan oleh Rasulullah :- Berpuasa pada hari Asyura... Hari Arafah... Tiga hari sebulan... dan menunaikan solat sunat Fajar dan Solat 2 rakaat sebelum fajar".

Hadis diatas membuktikan bahawa puasa di Hari Arafah...Iaitu hari sebelum Hari Raya AidilAdha telah dilakukan Rasulullah sepanjang hidupnya sebagaimana yang disampaikan oleh isterinya...

Bertakbir... Bertahmid dan bertahlil kepada Allah... serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah)... Ia berdasarkan Hadis Jabir r.a yang bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah bertakbir pada solat Fajar hari Arafah... Sehingga waktu Asar daripada Hari Tasyriq yang terakhir... selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu". (Riwayat Ad-Daruqutni)

Niat puasa hari Arafah cukup dengan hanya

"Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Taala"

Yang paling penting... Niat di hati ( Puasa Sunat Hari Arafah)... sebab niat itudalah perbuatan hati... Tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati... 

Waktu berniat adalah sebelum Subuh sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah... Kalo korang dok blogwalking blog-blog tu terbaca plak aq punya entri nie... Leh la niat puasa sunat... Dengan syarat... lepas subuh nie korang tak la buat perkara yang leh membatalkan puasa...  Korang tahan la diri korang smpai nak masuk Maghrib nanti... 

Jomla ambik peluang nie sama-sama...

-Wassalam-

P/S - Jangan la korang lepaskan peluang sehari dalam setahun nie...  

4 comments:

posmen said...
This comment has been removed by the author.
DzuLagiL said...

selamat berbuka bro!

Saiazuan said...

Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada semua Umat Islam Seluruh Dunia
Terutamanya Pembaca Setia Saiazuan Blog (",)

ingat,
berhenti makan sebelum kenyang hehe

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...