Saturday, November 6, 2010

Air TaNgaN OraNg MeninGgalkaN SolaT

Assalamualikum... & Salam Keinsafan....



Kali nie.. aq just nak kongsi dengan semua akibat meninggalkan solat...

InsyAllah... kita sama2 ambil iktibar dari kisah yang aq nak cerita nie...


"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar...

dan malahan lebih hina drpd khinzir... Betapa hinanya kita kalau

meninggalkan solat spt yg dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S



Begini kisahnya... Pada zaman Nabi Musa... ada seorang lelaki yg sudah

Berumahtangga... Dia takde zuriat lalu... terdetik dlm hati Si lelaki ingin [berNAZAR]..


"Kalau aku dpt anak... aku akan minum air kencing anjing hitam."


Nak dijadikan cerita... Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil

dan melahirkan anak... Bila dah dapat anak... lelaki ni pun runsinglah...

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yg turun utk umat Nabi

Muhammad... kalau umat Nabi Muhammad... Nazar benda yg haram, maka tak payah


buat.. tapi kena Denda “Dam”atau “Sedekah”...



Akan tetapi... kalau zaman Nabi Musa... barangsiapa bernazar... Walaupun haram... tetap kena laksanakan nazar tu...


Lalu... si lelaki yg dapat anak tu... dgn susah hatinya... pun pergilah bertemu dgn


Nabi-Allah Musa... Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya...


Lalu...Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu


Engkau tidak perlulah meminum air kencing anjing hitam... tapi Engkau perlu meminum air yg lebih hina dari air kencing anjing hitam...



Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dari


bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu...


Lalu... lelaki tu pun senang hati... menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...


Lihat... betapa hinanya org yg meninggalkan solat... sampai dikatakan air

yg jatuh dari bumbung rumah dia... lebih hina dari air kencing anjing hitam...

Itu baru air bumbung rumah... belum air tangan lagi...


Menyentuh bab air tangan ni... selalu kita suka makan masakan ibu... isteri kita...

Jadi... kepada kepada kalian semua... “Peliharalah Solat” sebab kalau meninggalkan solat


(kalau tak uzur)... air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan nasi... Anak2... suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak... takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat... Tak tergamakkan? Tapi... lain pulak halnya dgn kita ni..



Pagi ke petang ke... Kita akan pergi ke kedai mamak!!! Order bukan main lagi... Teh tarik satu... Roti Canai satu... ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat... kita pun makan bekas air tangan dia....


Gelaplah hati kita... sebab tu liat nak buat keja2 yg baik... Kita perlulah berhati2 apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni...

Hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj... sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril A. S.



Ketika saat Rasulullah nazak... sempat Baginda berpesan kpd Saidina Ali dan untuk umat Islam...


"As-solah As Solah wa amalakat aimanukum"

[“Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang

lemah di bawah tanggunganmu."]



Mulai dari sekarang nie... “ Sama2lah kita pelihara solat kita... dari Segi Zahir & Batin...

kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak"


Amin...


Wassalam....

Wednesday, November 3, 2010

BusUkNya KeBenciaN... HarUmaN KeMaaFan...

Assalamualaikum.... & Salam KemaaFan...


Kita sebagai Muslim sejati... sewajarnyalah kita memohon kemaafan kepada seseorang itu... Jika kita telah melakukan kesalahan terhadapnya... Jika kita telah minta maaf terpulanglah kepada orang tersebut... Apakah ia ingin memaafkannya atau sebaliknya... kerana selaku manusia kita tidak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan... dan adakalanya kesilapan seseorang terhadap kita... yang sekecil zarah pun kita tidak mampu memaafkannya... Bagi mereka mungkin kesilapan itu tidakla seberapa... tapi bagi mereka yang menanggungNya... cukup perit menerimaNya dan tidak mungkin akan memaafkanNya...


Tapi cuba kita renung sejenak.... Ungkapan yang selalu kita dengar ialah:

Sedangkan Nabi S.A.W. ampunkan umatnya... Apatah lagi kita sesama manusia....


Mengampunkan kesalahan dan kesilapan seseorang adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Dengan memaafkan inilah juga akan membuatkan tali silaturrahim di antara sesama manusia akan terus dipereratkan.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah an-Nuur: Ayat 22)


Jom kita ambil iktibar dari Kisah nie...


Seorang Guru Tadika telah mengadakan satu
"Permainan Menguji Minda". Si Guru nie telah menyuruh setiap anak muridnya membawa satu “Beg Plastik” bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan diberi nama berdasarkan nama orang yang mereka paling benci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa banyak... Ianya bergantung jumlah orang-orang yang mereka benci... Ramai orang yang mereka benci... Banyaklah jumlah kentangnya....

Hari yang ditunggu telah tiba... Masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik... Ada yang berjumlah 2 ada yang 3 bahkan ada yang 5 biji... Sepertimana perintah si guru mereka... Tiap-tiap kentang diberi nama dengan nama-nama orang yang dibenci...



Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut ke mana saja mereka pergi... Bahkan ke tandas sekalipun... Selama Seminggu murid-murid perlu membawa kentang-kentang nie....

Hari berganti hari… kentang-kentang pun mulai membusuk… murid-murid mulai mengeluh dan ada yang tidak sanggup membawa kentang-kentang yang dah busuk… Ada jugak yang sanggup membawa 5 biji kentang… selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan… Alhamdulillah… Setelah seminggu murid-murid tersebut merasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir...

Si Guru bertanya: "Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?" Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi....

Si Guru pun menjelaskan pengertian dari " Permainan Menguji Minda " yang mereka jalankan.

Si Guru berkata :

" Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang-kentang busuk) kebencian itu seumur hidup? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya ..."

Barulah murid-murid nie mengerti maksud cikgu mereka….. Fikir-FikirkanLah... Nice...


Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...