Wednesday, December 7, 2011

Lyric - Aishiteru 2 [Zivilia Band]

Assalamualaikum... & Salam Ceria...

Tajuk - Aishiteru 2
Artis - Zivilia Band
Ai... Ai... Aishiteru...
Bila cinta tak terbalas
Janji hanya tinggal janji
Sakit hati yang ku rasa

Sekian lama ku menunggu
Saat-saat bersamamu
Dan kini aku kembali

Sisa menanggung rindu
Semua sia-sia
Aishiteru bukit cinta untukmu
Namun yang kuberi
Tak pernah kau hargai

Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati
Selalu ada dalam ingatan

Cinta memang penuh misteri
Tiada yang tau akhirnya
Seperti apa yang aku rasakan

Selalu ingin didekatmu
Dan buat engkau tersenyum
Namun tangis yang kudapat
Sisa menangung rindu
Semua sia-sia

(Chorus)
Ai... Ai... Aishiteru
Bukit cinta untukmu
Namun yang kuberi
Tak pernah kau hargai
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati
Selalu ada dalam ingatan
Aishiteru.......

Jiwa ini telah pergi
Bersama semua kenangan
Hampa hidup di dalam luka.....
Ulang (Chorus)


-Adios-

P/s - Kalo Korang nak download just klik kat tajuk lagu diatas....

Saturday, November 26, 2011

Pengertian Maal Hijrah...

Assalamualaikum... & Salam Awal Muharam 1433H...


Alhamdulillah... Sekali lagi kita bertemu dengan Tahun Baru Islam 1433H... Sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal Muharam... Pasti semua mengingati Penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi... Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan seseorang daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik...

Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.  

 Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. 

Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. 
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. 

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. 
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. 

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Apabila tibanya Tahun Baru... Tak kiralah Tahun Baru Islam atau Masihi... Soalan kemestian yang akan ditanya kepada sesiapa sahaja... 'Apa Azam Baru tahun nie?'... Kadangkala ada yang menjawab 'Azam tahun lepas pun tak selesai lagi'...Azam sebenarnya penting kerana ianya akan memotivasikan diri kita... selain itu ia lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan... Sebagai contoh Bagi yang jarang bersedekah... Azam tahun nie nak lebihkan bersedekah semoga kehidupan dimurahkan rezeki... Memadailah Azam yang ingin kita capai ianya lebih kepada apa yang kita rasa kita boleh lakukan... dan tidak menyusahkan diri... 

Di samping itu... perkuatkanlah juga fahaman aqidah , syariat dan akhlak kita... Apabila fahaman kita lebih jelas maka iman dan taqwa kita juga akan kukuh... Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT hidup kita akan lebih tenang...

 Jadikan Motto kita 
"Hari nie lebih baik dari semalam... Hari esok lebih baik dari hari nie dan Hari-hari seterusnya lebih baik dari Hari-hari sebelumnya...."


-Wassalam-

Sunday, November 20, 2011

Serbu NSTP dapat Gambang Waterpark...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...


Korang nak pi Gambang Waterpark tak ???
Nak tiket percuma ???

Semalam aq berkesempatan lalu depan NSTP kat Jalan Tun Ismail... Aq tengok ramai plak yang beratur... Dari pagi sampaila petang... Selidik punya selidik... NSTP nak bagi tiket masuk ke Gambang Waterpark... bukan sekeping tapi 4 keping tu.... 


Tapi ada syarat-syaratnya...

1-Korang pi carila surat khabar Metro kat kedai yang ada dekat umah korang... 

2-Korang potong bahagian atas Metro tu... dan Kumpul dari Isnin sampaila Ahad bermula 1-20 November nie... Salinan Fotostat tak main ok... nak yang asli...

3-Dah cukup 10 keping.. korang leh la datang kat NSTP kat Jalan Tun Ismail 1... 

4-Dah sampai asan korang leh la beratur... Sapa cepat dia dapat... 


Sesapa yang teringin sangat nak pg Gambang Waterpark secara percuma... Inilah masanya....
Ari nie hari terakhir kepada sesapa yang nak ambik tiket Gambang Waterpark nie...

-HABIS-

Jadi apa lagi....  Jom serbu NSTP...

-Adios-




Doa Akhir 1432H & Awal Tahun 1433H...

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Doa Akhir Tahun... 

Saturday, November 5, 2011

Puasa Sunat Arafah...

Assalamualaikum... & Salam Lambaian Kaabah...


Hari Kesembilan Zulhijjah merupakan Hari Arafah... Iaitu bersempena hari selama jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk solat dan berdoa... Pada hari nie dianjurkan kita sebagai umat islam yang tidak mengerjakan haji untuk berpuasa... Bagi yang mengerjakan haji ia tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari nie.. Malah ada hadis yang menegah jemaah haji untuk berpuasa pada hari tersebut... 

Sebenarnya... tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah... Sebaliknya, Ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah... Bahkan dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu... puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan Wuquf... Walaupun dilaksanakan pada hari wuquf...

Ganjaran bagi orang yang berpuasa amatlah hebat ... Dengan sehari kita berpuasa ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan... Tapi Dosa Kecil je tau... Dosa Besar korang kena buat Solat Taubatla...

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Puasa pada hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang lalu dan satu tahun akan datang". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah pernah bersabda : "4 perkara yang tidak pernah dilalaikan oleh Rasulullah :- Berpuasa pada hari Asyura... Hari Arafah... Tiga hari sebulan... dan menunaikan solat sunat Fajar dan Solat 2 rakaat sebelum fajar".

Hadis diatas membuktikan bahawa puasa di Hari Arafah...Iaitu hari sebelum Hari Raya AidilAdha telah dilakukan Rasulullah sepanjang hidupnya sebagaimana yang disampaikan oleh isterinya...

Bertakbir... Bertahmid dan bertahlil kepada Allah... serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah)... Ia berdasarkan Hadis Jabir r.a yang bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah bertakbir pada solat Fajar hari Arafah... Sehingga waktu Asar daripada Hari Tasyriq yang terakhir... selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu". (Riwayat Ad-Daruqutni)

Niat puasa hari Arafah cukup dengan hanya

"Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Taala"

Yang paling penting... Niat di hati ( Puasa Sunat Hari Arafah)... sebab niat itudalah perbuatan hati... Tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati... 

Waktu berniat adalah sebelum Subuh sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah... Kalo korang dok blogwalking blog-blog tu terbaca plak aq punya entri nie... Leh la niat puasa sunat... Dengan syarat... lepas subuh nie korang tak la buat perkara yang leh membatalkan puasa...  Korang tahan la diri korang smpai nak masuk Maghrib nanti... 

Jomla ambik peluang nie sama-sama...

-Wassalam-

P/S - Jangan la korang lepaskan peluang sehari dalam setahun nie...  

Wednesday, November 2, 2011

# 10 Wordless Wednesday [Cinta mengatasi segalanya]

Assalamualaikum... & Salam Ceria...



Apa Itu  Wordless Wednesday ????? 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, Biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...

Nak Tahu secara Details...

BLOG : MalaysianWW

-Adios-

Monday, October 31, 2011

Biadapnya sikap si anak terhadap ayahnya...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...


Tengahari tadi lpas sajae aq blik keje... Terasa rimas plak kepala nie, coz rambut dah panjang... tu yang singgah kejap kat kedai gunting rambut... Nak pg salon... Rasa poket kempis... ujung bulan katakan... Gaji tak masuk lagi... Mula-mula suasana sunyi je... coz tak ramai orang...

Tiba-Tiba...

Datang sorang Ayah dengan anaknya yang berumur lingkungan 7-8 tahun... Kalo tengok muka budak tu memang nampak baik... Tapi bak kata orang... Luaran memang semuanya elok... Tapi dalaman ???...

Kisahnya bermula apabila tukang gunting rambut bertanya pada budak tersebut....

Tukang gunting rambut : Budak u mau gunting macamna?

Budak Biadap : Saya mau gunting tepi sahaja...

Ayah : Knapa gunting tepi je... Mamu gunting pendek... 

Tukang gunting rambut : Ok... 

Budak Biadap : Knapa ayah nie... Tak mau la gunting pendek... Trend sekarang semua pacak...

Ayah : Ko ingat ko tu dah besar ke... Nanti cikgu sekolah marah...

Budak Biadap : Cikgu tu siapa nak marah... Ayah nie oldschool betul la...

Ayah : Tak kira oldschool ke apa ke... Mamu potong pendek... Kalo degil botak je terus...

Budak Biadap : Ayah nie BxxxH... Bencila dapat ayah macam nie...

Ayah : Astaghfirullahalazim... Ko nie kenapa... Dah kena rasuk hantu ke... 

Tukang gunting rambut : Terpinga-pinga.....

Ayah : Kalo ko tak nak pergi berambusla... Ikut suka engkaulah nak gunting ke tak... 

Budak Biadap : Ingat aku tak mampu ke... Mamu gunting tepi je...

Tukang gunting rambut : Ok... 

Si ayah pergi dengan keadaan marah....

Apakah korang rasa Budak Biadap nie rasa bersalah ???
Apakah korang rasa patutkah Budak Biadap nie bercakap kurang ajar di depan orang ramai ???
Apakah korang rasa si Ayah tue kurang mendidik Budak Biadap tu ???
Apakah didikan agama masih kurang diajar ???

Adakah sekarang budak kecik yang masih belum matang dan masih hidup ditanggung oleh family... Bersikap kurang ajar kepada ayahnya sendiri... Yang paling aq terasa giler  bila si anak sendiri kata ayah BxxxH dan tak guna ada ayah macam tue... 

Fikir-Fikirkanlah....

-Wassalam-


Sunday, October 30, 2011

Second Anniversary...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...

Alhamdulillah... Pejam celik...Pejam celik.. Akhirnya Blog aq dah pun masuk 2 tahun... Walaupun blog aq nie tak lah sehebat blog-blog yang lain... Tapi still jgak ada yang masih follower blog aq... Thanks kat korang yang masih support blog aq nie... Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa baik korang semua...


InsyaAllah... Ada masa dan waktu yang sesuai aq akan mengadakan contest sempena anniversary blog aq... Tapi still masih dalam perancangan... Harap-harap adalah yang sudi join contest yang akan aq buat nanti...

Walaupun dah dua tahun aq berblogging... Tapi aq still lagi masih banyak perlu belajar agar aq dapat improve dalam dunia blog nie... 

Thanks again to all my followers...

-Adios-





Friday, October 28, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Assalamualaikum... & Salam Mesra...



Jom ramai-ramai join segmen nie... Banyak manfaat yg korang akan dapat... Dari tajuk segmen pun korang dah tahu kebaikannya...

Rugi kalo korang tak join... Nak join... Tekan banner kat atas tue...

Hurry up !!! Hurry Up !!! Hurry Up !!!

Jom join cepat sebelum 

12.00 Tengah Malam... 29/10/2011

-Adios-

Wednesday, October 19, 2011

# 10 Wordless Wednesday [Halal or Haram???]

Assalamualaikum... & Salam Ceria


Apa Itu  Wordless Wednesday ????? 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, Biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...

Nak Tahu secara Details...

BLOG : MalaysianWW

P/S : Korang nilai sendiri keaslian Halal tu...

-Adios-

Saturday, October 15, 2011

Pavilion Hotel Kuantan...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...

Kali nie aq nak promosikan Pavilion Hotel yang berada di tengah-tengan bandar Kuantan...
Maybe ramai yang tak tertanya-tanya...

Pavilion Hotel????
Kat Kuantan ada Pavilion betul ke???
Tak Pernah dengar pun....

Namanya dah macam gahkan... Ianya sekadar Hotel Bajet je... Tapi bajet bukan sekadar bajet... Luaran memang nampak simple... Tapi dalam orang kata lengkapla dari segi kemudahan dalam bilik...
Design 100% menggunakan wallpaper... Hotel nie menitikberatkan keselesaan pelanggan... dan konsep yang diketengahkan hotel nie seperti umah ke2 mereka...
Harga pun berpatutan..
Dari RM 98 - RM 198... 

Cakap banyak tak guna... Korang leh tgok sendiri kat bawah nie... Pastu korang boleh judge sendiri...

-Studio-

-Corridor-

-Luxury-

-Deluxe Double-

Macamna... Nie baru suasana bilik... Belum lagi kemudahan yang disediakan... Antara kemudahan yang disediakan Free Wifi... Sony LCD 32"... Sony DVD Player... (Korang nak bawak DVD sendiri boleh... nak sewa DVD pun ada...) Astro 7 Channels... Electric Kettle set... Hair Dryer... serta Iron & Ironing Board kat tiap-tiap bilik... Korang x payah susah-susah nak minta kat kaunter... 


-Mini Market-

Lagi satu kelebihan yang ada kat Pavilion Hotel nie... Mini Market... Korang x payah susah2 nak kuar... Dahla nak kna pakai seluar or baju... pastu nak cari 7eleven... Kedai mamak ke... Semata mata nak beli Maggi Cup or Rokok... Semuanya dah tersedia kat bawah... Just turun cari je apa yang korang nak... pastu bayar... Macam Astro punya tagline "Macam-Macam Ada"... Semua tersedia di bawah satu bumbung katakan.. Ha.. Ha..

Kedudukan hotel yang strategik  di tengah-tengah Bandar Kuantan dan sesuai bagi mereka yang kaki shopping... coz ia berdekatan dengan Megamall dan East Cost Mall... dengan hanya berjalan kaki sahaja... Nak ke Terminal Bas pun dekat hanya 5 minit sahaja...


Sini aq sertakan Map Google... dan Kalo korang rasa tak puas tengok gambar kat atas tu... Pergi ke Website Pavilion Hotel nie... or  ke Facebook Pavilion Htl Kuantan...

-Wassalam-

Sunday, October 9, 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Assalamualaikum... & Salam Ceria...


Nama Blog : Babat87.blogspot.com

Nama Blogger : KhairedzaimY

Tahun Mula Berblog : Bulan 10 Tahun 2009 

Jumlah Follower Sekarang : 241 Orang


Jom ramai-ramai join segmen dari Hasrul Hassan.. 
Just klik Banner kat atas nie....

Jom join cepat sebelum 10 Oktober 2011...

-Adios-

Wednesday, September 21, 2011

HomestaY Terbaek !!!

Assalamualaikum.. & Salam 23 Syawal...

Lama tul x update blog... Sibuk sikit... Baru nie aq telah dijemput oleh ke kenduri kawen sedara aq kat Temerloh sbtu lepas... Pada mulanya aq x dapat nak datang coz ari jumaat tu aq keje dari ptg smpai pg sabtu... Family aq dah gerak petang jumaat tu sekali dgn sedara aq dari Kota Tinggi...



Aq bukan nak cerita pasal kenduri kawen dia... itu nanti pada entri yang akan datang.... Aq just nak cerita pasal Homestay yang sedara aq sewakan untuk family aq bermalam... Mula-mula masa nak masuk kawasan kg tu macam biasa je...   Dalam hati aq kata "Nie mesti stay umah org yang dah tinggalkan lama"...







Tetiba terkezut plak aq tgok... Mewah tul umah nie... Memang terbaekla.... Terasa macam umah sendiri.. feeling abis...



Terasa hidup dalam umah mewah plak... Leh buat tempat shooting drama kat sini... coz semua complete dalam umah... Kawasan pun luas... Mana-mana director nak buat pengambaran leh la pi kat kawasan nie... Tenang je...




 Masuk je kat dalam umah... Terpegun aq tgok deco umah yang menarik dan luas... Apa yang korang nak semua ada... Harga pun berpatutan... Kalo korang nak bercuti ramai-ramai... Aq cadangkan kat sini korang leh rehat... Dalam umah nie ada 8 bilik... Setiap bilik ada air-cond...








Tak rugi korang bayar stay kat umah nie... Mesti  berbaloi-baloi bak kata Celcom.. Ha.. Ha.. Semua kelengkapan cukup... Korang nak masak pun dialu alukan... x payah beria korang nak bawak pinggan... cawan... kuali.... coz semua dah tersedia...







Aq x nak banyak cakapla... Kalo korang rasa tengok pic nie macam aq tipu je... Korang pg la sendiri...  Sebelum tu korang leh buat tempahan kat website HOMESTAY MALAYSIA... Takut melepas plak..

-Adios-

# 9 Wordless Wednesday [2+1]

Assalamualaikum... & Salam 23 Syawal...


Apa Itu  Wordless Wednesday ????? 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, Biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...

Nak Tahu secara Details...

BLOG : MalaysianWW

-Adios-

Wednesday, September 14, 2011

1st Anniversary Pavilion Hotel...

Assalamualaikum... & Salam Mesra Syawal...


Walaupun syawal makin berakhir... Tetapi kemeriahan umah terbuka masih terasa dan masih banyak lagi kat mana-mana... Banyak jugak jemputan yang aq dapat... InsyaAllah ada kesempatan aq akan berkongsi kat blog aq nie...

Kali nie aq nak berkongsi cerita pasal 1st Anniversary Hotel tmpat aq bekerja... Alhamdulillah dah setahun sudah aq bekerja kat sini.. dan macam2 karenah orang serta kerja yang aq perolehi di sini... Semuanya menjadi kenangan dalam kehidupan aq... 

Pada mulanya bos nak ajak makan bufet kat Hotel MS Garden... Tapi last2 minit cancel coz x semua staff x leh join dalam satu masa... Yelah... Nanti sapa nak jga hotel plak... Jadi kita orang planning sendiri buat makan2 kat hotel... Jadi kita org pun tempah la Nasi Impit... Soto.. Rendang... Kuah Lodeh.. Sate... dan Kek... 

Walaupun simple.. tapi bermaknala... coz semua leh join... dan yang menarik 2+1 (1st Anniversary + Open House Raya)... Harap-Harap lepas nie adala lagi la lepas nie... InsyaAllah...

-Adios-

Monday, September 12, 2011

Celcom Bagi Diskaun 30%...

Assalamualaikum... & Salam Syawal...


Semalam aq pi bayar semua bil2 umah aq yang dah jadi tanggungjawab aq sebagai anak.. Hu.. Hu.. (anak sapala nie...) Aq singgah kejap kat celcom coz kebetulan bayar bil tel Mak Ayah aq...  

Aq pi kaunter konon-kononnya nak checkla nama aq nie kna blacklist ke tak... Yelah ingat nak pakai postpaid coz pas nie prepaid pun dah kna caj 6% kan... Hu..Hu.. Kalo x banyak leh la bayar terus... Tunggu punya tunggu dia check... Rupa-rupanya adala... Ha.. Ha.. Rm236.48... Banyak tul... 

Cancel terus aq nak bayar... Tunggu gaji nantila nak bayar... Tetiba plak staff celcom tu ckap... 

Celcom : No nie dah lama awak tak pakai... Last 2006...

Aq : Betul la tu... No tu ilang... tu yang saya tak pakai dah...

Celcom : Habis nak bayar tak...

Aq : Kalo ikutkan nakla.. Tapi dah tgok tertunggak sampai dua ratus lebih... Tak jadila...

Celcom : La boleh plak tak jadi... Jap saya check jap ada less tak...

Aq : Ada less ke.. Kalo ada less jadila... Kalo setakat 10% lain kali la bayar... Hu.. Hu... 

Celcom : Bukan 10% tapi 30%... Banyak tak... (ketawa besar)

Aq : Banyak... Kalo gitu saya bayarla abisla... 

Celcom : Mentang2 ada less terus nak bayar... Ok.. smua sekali lepas 30% less Rm165.60

Less tu bukan aq mintak.. Tapi less tu bagi mereka yang namanya dah kna blacklist.. Celcom akan bagi less... Untung aq pakai celcom... Lama x bayar dapat less..  Nie buat aq sayang dengan Celcom lebih...Ha.. Ha..Ha..

-Adios-

P/S : Lagi lama korang tak bayar mungkin less lagi bnyak la kot.. Hu.. Hu.. 

Sunday, September 11, 2011

Aku nak promosi blog di UmarFaruq.Com!!

Assalamualaikum... & Salam Syawal...


Jom ramai-ramai join segmen dari Umar Faruq... 
Just klik Banner kat atas nie....

Jom join cepat sebelum 12 September 2011

-Adios-

Friday, September 9, 2011

Top Up Caj 6%...


Assalamualaikum... & Salam Syawal...


Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.


-Sumber Kosmo-

Wednesday, September 7, 2011

# 8 Wordless Wednesday [Besar Tul !!!]

Assalamualaikum... & Salam 9 Syawal...


Apa Itu  Wordless Wednesday ????? 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, Biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...

Nak Tahu secara Details...

BLOG : MalaysianWW

-WassaLam-

Monday, September 5, 2011

Amadkhir's First Giveaway

Assalamualaikum... & Salam 5 Syawal...

Cakap banyak pun tak guna.... Kalo korang semua nak join... Just klik je Banner kat atas nie... 

Harap-Harap ada rezekila... coz Encik Random yang pilih... 


TaG


-Aishah Humaira-


Jom ramai-ramai join 1st GiveawaY nie... Sebelum 30 September 2011... 


-WassaLam-

Kerja + Raya...

Assalamualaikum... & Salam Syawal...

Mood raya masih lagi terasa.... Tapi aq... still keje.. Hu.. Hu... tahun nie raya bagi aq macam tak beraya... Walaupun tahun2 sebelum nie... Malam raya hingga raya ke 5.. Aq keje... Tapi still ada pluang untuk menziarahi sedara mara dengan sahabat2 aq... tapi tahun nie langsung tak ada pluang...

Raya tahun nie betul2 menguji tahap kesabaran aq yang tak beraya ke rumah rakan2 aq... Hanya dok umah je... Bukan buat apa... tv pun aq tak tgok... 

Semalam aq berpluang jgak pi kenduri kawan sekolah aq masa kat Al-Attas.... (Dalam entri akan datang) dapat jgak join konvoi dengan member2 sekolah aq yang lain... Itu pun just pi knduri kawen je....

Nak kata workaholic tak la sangat... Coz keje pun ikut shift... Just kena back up tu biasala... 

Apa2 pun dah namanya keje... Kenala buat... Kalo tak.. Umah tak berasapla... (macam dah kawen la plak)... InsyaAllah tak lama la... Kadang2 sedih jgak bila customer datang ucap "SElamat Hari Raya kat aq"... Soalan yang fames... "Raya tak  balik kg ke..." rasa macam nak lempang je... Buat hatiku berduka...Ha... Ha... 

Oklah.. aq nak berehat... nie pun baru lpas abis keje.... 

-Adios-


Tuesday, August 30, 2011

Salam Merdeka Aidilfitri...

Assalamualaikum... Salam 1Syawal...

Alhamdulillah... Ari nie telah pun kita berjaya mengharungi puasa selama sebulan... Tibalah kita menyambut Syawal yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam...


Salam Aidilfitri 1432H...
Terutama sekali Ummi dan Abah aq... Adik beradik aq... Sedara mara aq yang berada di seluruh Malaysia... (x agak2..) Sahabat-sahabat... Cikgu-Cikgu... Pensyarah... Sek Bukit Sekilau... Sek Agama Al-Maarif... Sek Agama Al-Attas... Kolej Islam Johor... Sahabat-Sahabat Blogger yang mengenali aq atau tak... 

Dengan Ucapan...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi... Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa... Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata... Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa...

 "MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA.." 


Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 54...

Semoga kita Rakyat Malaysia... Teruskan mempertahankan apa yang telah ditinggalkan oleh pejuang -pejuang kemerdekaan terdahulu...


-Adios-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...