Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Serbu NSTP dapat Gambang Waterpark...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...


Korang nak pi Gambang Waterpark tak ???
Nak tiket percuma ???

Semalam aq berkesempatan lalu depan NSTP kat Jalan Tun Ismail... Aq tengok ramai plak yang beratur... Dari pagi sampaila petang... Selidik punya selidik... NSTP nak bagi tiket masuk ke Gambang Waterpark... bukan sekeping tapi 4 keping tu.... 


Tapi ada syarat-syaratnya...

1-Korang pi carila surat khabar Metro kat kedai yang ada dekat umah korang... 

2-Korang potong bahagian atas Metro tu... dan Kumpul dari Isnin sampaila Ahad bermula 1-20 November nie... Salinan Fotostat tak main ok... nak yang asli...

3-Dah cukup 10 keping.. korang leh la datang kat NSTP kat Jalan Tun Ismail 1... 

4-Dah sampai asan korang leh la beratur... Sapa cepat dia dapat... 


Sesapa yang teringin sangat nak pg Gambang Waterpark secara percuma... Inilah masanya....
Ari nie hari terakhir kepada sesapa yang nak ambik tiket Gambang Waterpark nie...

-HABIS-

Jadi apa lagi....  Jom serbu NSTP...

-Adios-




Monday, October 31, 2011

Biadapnya sikap si anak terhadap ayahnya...

Assalamualaikum... & Salam Mesra...


Tengahari tadi lpas sajae aq blik keje... Terasa rimas plak kepala nie, coz rambut dah panjang... tu yang singgah kejap kat kedai gunting rambut... Nak pg salon... Rasa poket kempis... ujung bulan katakan... Gaji tak masuk lagi... Mula-mula suasana sunyi je... coz tak ramai orang...

Tiba-Tiba...

Datang sorang Ayah dengan anaknya yang berumur lingkungan 7-8 tahun... Kalo tengok muka budak tu memang nampak baik... Tapi bak kata orang... Luaran memang semuanya elok... Tapi dalaman ???...

Kisahnya bermula apabila tukang gunting rambut bertanya pada budak tersebut....

Tukang gunting rambut : Budak u mau gunting macamna?

Budak Biadap : Saya mau gunting tepi sahaja...

Ayah : Knapa gunting tepi je... Mamu gunting pendek... 

Tukang gunting rambut : Ok... 

Budak Biadap : Knapa ayah nie... Tak mau la gunting pendek... Trend sekarang semua pacak...

Ayah : Ko ingat ko tu dah besar ke... Nanti cikgu sekolah marah...

Budak Biadap : Cikgu tu siapa nak marah... Ayah nie oldschool betul la...

Ayah : Tak kira oldschool ke apa ke... Mamu potong pendek... Kalo degil botak je terus...

Budak Biadap : Ayah nie BxxxH... Bencila dapat ayah macam nie...

Ayah : Astaghfirullahalazim... Ko nie kenapa... Dah kena rasuk hantu ke... 

Tukang gunting rambut : Terpinga-pinga.....

Ayah : Kalo ko tak nak pergi berambusla... Ikut suka engkaulah nak gunting ke tak... 

Budak Biadap : Ingat aku tak mampu ke... Mamu gunting tepi je...

Tukang gunting rambut : Ok... 

Si ayah pergi dengan keadaan marah....

Apakah korang rasa Budak Biadap nie rasa bersalah ???
Apakah korang rasa patutkah Budak Biadap nie bercakap kurang ajar di depan orang ramai ???
Apakah korang rasa si Ayah tue kurang mendidik Budak Biadap tu ???
Apakah didikan agama masih kurang diajar ???

Adakah sekarang budak kecik yang masih belum matang dan masih hidup ditanggung oleh family... Bersikap kurang ajar kepada ayahnya sendiri... Yang paling aq terasa giler  bila si anak sendiri kata ayah BxxxH dan tak guna ada ayah macam tue... 

Fikir-Fikirkanlah....

-Wassalam-


Friday, September 9, 2011

Top Up Caj 6%...


Assalamualaikum... & Salam Syawal...


Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.


-Sumber Kosmo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...