Assalamualikum…. & Salam Kasih Sayang…
IndahNya Cinta jika bersulam keikhlasan… Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan… dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila... namun panas yang diharapkan sampai ke petang… Siapa sangka hujan turun ditengah hari… Puas sudah membajai cinta… dipupuk dengan kasih dan sayang… Membelai dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati... Terlalu sukarkah mencintai seOrang wanita atau sememangnya Lelaki yang tidak pernah mensyukuri….
Ada yang menyatakan
“Wanita umpama cermin… mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka…”
Seorang Lelaki yang pandai mengambil hati… Memujuk rayu jika diperlukan… Bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda…Ia sudah cukup dan memadai… Perhatikan hasilnya… Wanita akan sanggup bersusah payah demi ingin hidup bersama lelaki yang mereka cintai… kerana sifat mereka yang penuh Kasih Sayang…
Bagi yang mengutamakan pasangan dan berusaha menceriakan pasanganNya walaupun Lelaki tersebut bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Jika yang dicintai itu adalah wang… yang disayang itu adalah kemewahan… memang pasangan tersebut tidak bahagia dan aman… Kerana yang diburu adalah wang dan harta… maka bila ada kedua-duanya di depan mata… Wanita akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya hilang sekelip mata… Wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati… Hidup dalam keadaan tidak tenteram…. Kata orang macam ‘panas punggung’…
Bagaimanapun kalau dikatakan… peranan wang membeli kasih dan sayang… ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat... Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga… memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana… wang dapat merungkai masalah yang melingkari... Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang… tandanya kita sudah tersilap menafsir… Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh lelaki yang mereka cintai… Justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah….
AdakalaNya pasangan yang hidup di kampung, keadaanNya melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak… namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang…" Kita tidak menafikan… wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua… sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai….
Adakalanya terfikir…. Wanita mudah menerima sesuatu dan berusaha… apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul…. Dan sebaliknya Lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati… Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan…
Kenapa ianya berlaku pada seOrang Lelaki…… Renungan bersaMa….
Wassalam…..
No comments:
Post a Comment