Monday, May 30, 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalamualikum... & Salam KeinsaFan...


Peraduan nie akan berakhir dalam beberapa minitje dari sekarang... Maybe sempat untuk berkongsi cerita serba sedikit knapa aku berminat nak join... bukan kerana hadiah yang semakin bertambah.. Tapi tajuknya yang membuat aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang sebelum nie pelbagai masalah akibat dari sikap aku yang buruk...

Suatu Masa Dahulu....

Kehidupan aku nie boleh dikatakan sederhana.. tapi aku sendiri hidup dalam keadaan mewah... maksudnya...aku nie inginkan segalanya.. Apa yang orang lain ada.. aku pun inginkanNya... Sampaikan aku dahulunya... Boleh dikatakan... seorang Pencuri... Pembohong... boleh dikatakan jugak "Kaki putar belit"... Kurang ajar.. Tak kira dengan sesiapa pun.. Expecially Mak Ayah dan jugak adik beradik aku....


Betul kata pepatah... 
"Siakap senohong gelama ikan duri....
Bercakap bohong... lama-lama mencuri"...

Sikap buruk aku bermula sejak darjah 3 lagi.. apabila aku bergaul dengan budak-budak sekolah yang tak berapa betul ketika itu... Aku sanggup mencuri duit mak ayah aku semata-mata inginkan kepuasan diri... dan keinginan aku untuk memperolehi gadget yang aku inginkan...  Dah berpuluh-puluh ribu aku rasakan wang yang telah aku curi... kalau dikumpul kumpul maybe boleh buat sebuah rumah banglo.... Boleh bayangkan berapa banyak dosa yang telah aku lakukan... SubhanAllah... Tak terhitung aku rasa.... Itu baru mencuri.... belum lagi menipu...

Aku sanggup menipu duit aku curi.. Itu belum kira lagi... aku menipu dengan Allah... Solat... Puasa... dan sebagainya...  Adakalanya aku lakukan jugak solat.. tetapi... tak ada rasa... Bagi aku ketika itu aku lakukan secara terpaksa... 

Di samping itu sikap kurang ajar aku pun mula timbul... dengan  cikgu sekolah... terutama sekali cikgu Noraini Wagiran... yang mngajar aku dahulu subjek matematik.... aku banyak menyakitkan hati beliau... menguris hatinNya...  dengan family aku expecially Ummi aku..Beliau sanggup bersabar dengan karenah aku.... Kalau dicerita memang banyak... Hanya Allah je yang mengetahui... Seberat mana dosa yang telah aku lakukan terhadap Ummi aku....

IIIIIIII
IIIIII
IIII
III
II
I


Alhamdulillah.... Sekarang....

Sedikit demi sedikit aku cuba berubah.... Setelah banyak peristiwa yang buruk menimpa diri aku... 
Umpamanya kemalangan yang berlaku sebelum aku mendududuki SPM 2004... yang hampir-hampir meragut nyawa aku apabila berlaku pendarahan dikepala aku... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan aku...aku hanya menerima 20 jahitan di kepala sahaja... Ada hikmah di sebalik kejadian itu....


Selain itu... Mungkin Allah mendengar rintihan aku...agar dipertemukan aku  dengan Imam Muda Nuri... yang selama ini hanya aku dapat aku lihat di tv... Alhamdulillah... akhirnya aku dapat bertemu sambil berkongsi cerita mengenai kisah hidup aku...Ingat lagi pesanan beliau pada aku...

Wan 
"Ko nak berubah boleh... bila-bila pun ko boleh berubah... tetapi ingatlah ... ko kena fikir... ko nak berubah KENAPA? ko tak boleh nak berubah kerana ko tengok aku nie kat tv.. nak jadi macam aku... tapi berubahlah demi masa depan ko... dan diri ko sendiri... aku cuma boleh bantu apa yang aku boleh je"

Ayat-ayat itulah yang membuat aku terkesan sampai ke hari nie.... di samping sahabat-sahabat setia yang sentiasa bersama aku tak kira susah atau senang.... Alhamdulillah... Aku jugak telah lakukan perkara-perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada umatnya... 

Teringat  kata-kata Imam Ghazali bahawa
"Jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa itu... sama keadaanya dengan mempersembahkan  'BANGKAI' yang tidak bernyawa"


 Aku bersyukur kerana aku diberi peluang oleh Allah untuk berubah sebelum mata aku tepejam buat selama-lamanya...


Kisah-kisah hidup aku yang lampau telah pun aku hindarkan dalam hidup aku... Aku telah insaf dengan apa yang telah aku lakukan... aku sendiri dah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.... Diharap perkongsian nie dapat dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua....



Wassalam...


2 comments:

Muslimah Optimis said...

alhamdulillah.. Allah masih berikan rasa dalam hati kita untuk berubah.. Allah masih berikan kita peluang untuk kita berubah.. semoga kita istiqamah dengan perubahan yang kita lakukan..

terima kasih sudi join.. sebarang update terkini akan diupdate di Laman Muslimah Optimis..tq

KhAiReDzAiMy said...

Thanks atas nasihat yg diberikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...