Wednesday, July 27, 2011

Persediaan sebelum Ramadhan....

Assalamualaikum... & SalaM Mesra...

Ramadhan bakal menjelma... beberapa hari je lagi... Macamana persediaan??? Maksud aq dari segi Fizikal dan Rohani... Ialah puasa nie setahun sekali dan dalam masa 30 hari nielah kita nak tumpu sepenuhnya beribadat kepadaNya... 

Apapun ambillah peluang nie menyucikan diri kita agar perjalanan kehidupan kita selepas nie akan lebih tenang... 

Ehsan: GoogLe

Aq nak berkongsi serba sedikit persediaan diri kita sebelum memasuki Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi nie...

-Muhasabah Diri-
Setiap dari kita mengetahui apa yang kita telah lakukan sepanjang kehidupan kita...  Expecially keburukan yang telah kita buat... Jadikanlah perkara yang lepas menjadi satu pengajaran buat kita.... Kita sebagai manusia sebenarnya tak lepas dari melakukan kesilapan... Jadi apa yang penting kita wajiblah muhasabah diri dengan apa cara sekalipun... 

-Perbaiki Diri-
Banyak yang boleh kita lakukan tapi yang terbaik adalah dengan cara bertaubat...
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, Mudah mudahan Tuhan akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (At-Tahrim 66:8)

-Sentiasa Membaca Al-Quraan-
Kita sejak dari kecil dah di ajar membaca Muqadam hingga Al-Quran... Cuma kita nie je bila dah makin besar makin leka untuk meneruskan... Dalam Al-Quran Allah ada menyatakan Orang-orang yang tidak mahu membaca Al-Quran hatinya akan tertutup... Cuba bayangkanlah kita yang pada mulanya seorang yang celik... Tetiba je, Allah tarik nikmat penglihatan dan kita menjadi seorang yang buta.... SubhanAllah... 
Fikir-Fikirkanlah...

-Menjaga amal Ibadat-
Amal soleh adalah ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah... Apabila kita ingin memiliki jiwa yang bersih... Jagalah amal soleh kita walaupun sekecil perbuatan tersebut... Setiap apa amalan yang kita lakukan akan dikira oleh Allah samada baik mahupun buruk...

-Sentiasa mengisi waktu dengan Zikir-
Sentiasalah kita membasahi lidah dengan mengingati Allah dengan berzikir keatasNya... Dengan zikir hati kita akan menjadi tenang dan dengan cara nie kita akan sentiasa mengingati akan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T....

-WassaLam-

3 comments:

Izyan Masri said...

KENA ELAK DARI DENGAR ORG MENGUMPAT NI.HAHA :D

Anonymous said...

Assalamualaikum..perkongsian yang bermanfaat.terima kasih.semoga Allah redha.amin..

KhAiReDzAiMy said...

Pengemis Cinta- W'salam... Sama2...

Izyan- Itu juga ditegah... Lagipun Setiap apa yg kita bercerita tu.. belum tentu betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...