Monday, August 15, 2011

Allahyarham Ustaz Asri dalam kenangan...


Assalamualaikum... & Salam 15 Ramadhan...


Baru nie aq dapat undangan dari sahabat aq.. Shahrulhikmi... Dia nie peminat setia group Rabbani nie.. Semua album dia ada... Original ok... Tak main cetak rompak... Dulu dia selalu follow ke mana saje group Rabbani nie buat show... sampaila sekrang dah keje dgn syarikat produksi Rabbani nie... Tercapai jgak cita-cita dia... Kalo ada undangan msti dia ajak aq... Aq jarang follow dia dah start keje nie... 

Jauh menyimpang plak aq nie...  
2 tahun arwah meninggalkan kita... Hanya lagu lagu arwah sahaja yang dapat kita dengari. smpai ke hari nie...Semoga arwah tenang disana. Senyumanmu, Tawamu, Gurau Sendamu, Jasamu akanku jadikan satu kenangan indah... Aq disini amat terasa rindu padamu... 

Sempena tribute nie aq nak kongsi Biodata Allahyarham Ustaz Asri...


Dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Meninggalkan seorang balu, Haliza, 38...  Enam orang anak Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Sebelum Rabbani, kumpulan beliau dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80an... Arwah menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

KejayaanArtis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP)...
Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi...


Difahamkan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Lancong, Seksyen 27, Shah Alam... Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpuji...


-Al-Fatihah-


-Wassalam-

2 comments:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

sama2 selalu sedekahkan al fatihah kat beliau..

Ezad Skytech said...

Al-fatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...